Tips: Perkara perlu dielakkan

Perkara yang perlu dielakkan dalam menghias pelamin dari perspektif jurugambar.

Pelamin Premium Sakura

Pelamin adalah salah satu perkara yang “perlu ada” dalam senarai bagi setiap pasangan pengantin yang sedang membuat bajet perkahwinan mereka. Fungsi utama pelamin adalah sebagai tempat atau pentas untuk pengantin bersanding, bergambar bersama keluarga, tempat untuk menyarung cincing dan sebagainya.
Jika anda google, anda akan menjumpai banyak tips-tips tentang pelamin. Contohnya, tips menempah pelamin, tips menghias pelamin, tips memilih pelamin, tips membuat pelamin DIY dan banyak lagi. Memandangkan, ramai yang telah berkongsikan idea tentang pelamin, jadi saya terpanggil untuk menulis post tentang perkara yang perlu dielakkan ketika menghias pelamin dari sudut pandang seorang jurugambar. Kami akan kongsikan beberapa perkara yang perlu dielakkan, supaya anda tidak tersilap menghias pelamin anda, jika tidak ia mungkin mendatangkan masalah kepada hasil gambar anda nanti.

 

Elakkan menghala “sportlight” terus ke arah pengantin.

Penggunaan sportlight sememangnya memberi seri kepada majlis anda. Namun menghala terus lampu ini kearah pengantin adalah amat tidak digalakkan. Ini kerana lampu ini memberi kesan kepada hasil gambar anda nanti. Dimata kasar, lampu spotlight ini sememang nampak cantik dan menyeri pelamin anda dengan warnanya yang cantik. Namun begitu, lampu sebegini ini akan memberi pengaruh yang besar di dalam imej anda. Sebagai contoh, sekiranya anda menghala lampu spotlight berwarna biru, kearah pengantin secara terus, ini membuatkan baju dan wajah pengantin berubah warna ke warna tersebut. Lebih-lebih lagi pakaian yang berwarna putih, kerana warna putih adalah warna paling mudah memantulkan cahaya. Warna-warna spotlight ini sangat sukar untuk di”edit”. Justeru, ia menjadi masalah besar kepada graphic designer untuk meng-edit gambar anda, kerana warna spotlight itu tidak dapat dihilangkan. Bukankah rugi, anda meng-“hire” make up artist dan jurugambar yang mahal namun didalam gambar warna wajah anda bertukar ke warna biru, merah, atau hijau?

Namun bergitu, sekiranya anda ingin menggunakan lampu sportlight yang berwarna, anda boleh menghala lampu tersebut terus ke arah tirai dibelakang pelamin, bukan dengan menghala ke arah pengantin. Hanya spotlight warna putih sahaja yang digalakkan dihala ke arah pengantin namun tidak terlalu terang. Pencahayaan yang baik juga perlu untuk seorang juru gambar mengambil gambar yang cantik. Warna lampu yang dipilih haruslah yang bersesuaian dengan tema. Dengan cara ini, pelamin anda akan bemberi penyeri serta tidak merosakkan gambar untuk album perkahwinan anda nanti.

 

Elakkan menghias pelamin berlebihan.

Kebiasaannya pelamin yang menggunakan pendekatan minimal dan simple lebih nampak cantik dan eksklusif. Jangan disaratkan pelamin dengan terlalu banyak aksesori atau segala perabut. Cukup sekadar sofa panjang untuk tempat duduk pengantin dan sedikit hiasan seperti bunga hidup. Pelamin yang terlampau sarat dengan barang hiasan akan menenggelamkan pengantin, lebih-lebih lagi kalau pengantin yang kecil molek. Untuk menampakkan ruang pelamin yang luas pula, pemasangan langsir berona putih dan tinggi diseluruh bahagian pelamin, serta menutupi bahagian dinding akan menampakkan keluasan pada pelamin.

 

Elakkan menggunakan warna yang gelap untuk pelamin.

Pelamin anda seeloknya berwarna cerah, paling selamat adalah dengan menggunakan warna pastel. Sekiranya anda menggunakan warna gelap ia akan memberi ruang perspektif yang sempit. Bagi anda yang mempunyai tema perkahwinan seperti hitam putih, pastikan anda memperbanyakkan warna yang cerah. Supaya, pelamin anda tidak nampak kusam.

 

Elakkan menggunakan kerusi pelamin yang menyempitkan ruang.

Pilihlah kerusi yang sama padan dengan size kita. Kerusi yang paling ideal ketika pengantin duduk adalah, lutut sama rata atau rendah sedikit dari pinggang. Bagi yang berbadan genit, jangan sesekali duduk di atas kerusi yang tinggi, ia akan memberi impak negative kepada size badan anda. Pastikan anda mencuba dulu kerusi sebelum majlis supaya tidak mendatangkan kesilapan.

 

Elakkan memasang pelamin diruang yang sempit

Bagi rumah yang kecil, anda digalakkan untuk memasang pelamin di luar rumah. Sekiranya anda memasang pelamin di dalam rumah, ia akan membataskan sesi portrait keluarga dan rakan-rakan anda yang ramai. Untuk mereka yang membuat pelamin di dalam rumah, silalah pastikan ruang dalam rumah anda dikosongkan terlebih dahulu. Jika boleh, perabot-perabot didalam rumah, disimpan dahulu di dalam bilik, dibahagian stor, ataupun diletakkan diluar rumah. Ini kerana, perabot-perabot ini akan membataskan juru gambar untuk mengambil gambar pengantin. Frame yang tergantung dikawasan pelamin perlu diturunkan sementara. Hal ini kerana, frame gambar yang tergantung didalam kawasan pelamin akan menyebabkan ketidak seimbangan pada pelamin dan secara tidak langsung, memberi impak negative pada hiasan pelamin.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s